Quartararo sedia sekat Bagnaia di Sepang

Quartararo sedia sekat Bagnaia di Sepang

Fabio Quartararo melaungkan amaran dalam usahanya mempertahankan kejuaraan dunia menjelang perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat Francisco Bagnaia dari pasukan Ducati dinobatkan selaku juara dunia pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.

Buat masa ini, pelumba berusia 23 tahun itu mengekori rapat di belakang jaguh dari Itali itu setelah mengumpul 219 mata untuk menghuni tempat kedua keseluruhan.

Bagnaia pula kini selesa mengungguli kedudukan teratas dalam senarai kejuaraan motosikal dunia bagi kelas utama, MotoGP setelah mengumpul 233 mata.

Quartararo -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Namun, Quartararo perlu bekerja keras untuk bersaing sengit dengan Bagnaia setelah dia gagal mengutip sebarang mata pada GP Australia, hujung minggu lalu.

Berbeza pula dengan Bagnaia yang melengkapkan aksinya apabila menghuni kedudukan ketiga di Phillip Island, Australia dan mengutip tambahan 16 mata.

Quartararo dalam sidang akhbar berkata, dia tidak gembira dengan keputusan pada perlumbaan terakhir di Australia.

“Saya kini tidak mahu fikir apa-apa dan hanya mahu berusaha sehabis mungkin bagi perlumbaan hujung minggu ini.

“Sudah pasti saya akan turun dengan mentaliti dan emosi yang berbeza,” katanya di sini, hari ini.

Menurut pelumba berasal dari Perancis itu, dia berasa sangat tertekan dengan situasi pada ketika ini, namun, akan melakukan apa sahaja untuk menyekat Bagnaia.

“Saya boleh katakan sangat tertekan ketika ini, tetapi, perasaan saya menyatakan yang saya tidak rugi apa-apa dan akan memberikan tentangan sengit bermula minggu ini.

“Saya akan cuba melakukan perubahan kepada jentera bagi meningkatkan prestasi semasa perlumbaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya