PRU15: Tiada pakatan BN-PN di Tambun untuk kalahkan Anwar

PRU-15: Tiada pakatan BN-PN di Tambun untuk kalahkan Anwar

pru15
SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak menolak dakwaan wujud pakatan di antara BN dan Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Tambun untuk mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, walaupun secara teori gabungan itu mampu menewaskan PH di Tambun, namun ia tidak mampu mencapai kata sepakat seperti yang berlaku sebelum ini.

“Tak ada siapa pun berhubung dengan saya berkaitan dengan cadangan pakatan itu dan saya lihat pun ia hanyalah satu khabar angin.

“Itu teori tapi ia telah cuba dilaksanakan lebih dari dua tahun yang lalu, tak selesai-selesai, tak dapat.

“Jadi saya tak fikir itu akan berlaku bermakna kita akan menghadapi kalau tiga penjuru, tiga penjurulah,” katanya kepada pemberita dalam temubual khas di Laman Seri Ridzuan di sini semalam.

Sementara itu, mengenai persiapan BN untuk menghadapi lawan di Parlimen Tambun, Saarani berkata, sebahagian jentera BN di Parlimen Ipoh Barat, Ipoh Timor dan Batu Gajah akan dihantar ke kawasan Parlimen Tambun.

Katanya, ini bagi membantu jentera pilihan raya di Parlimen Tambun untuk memastikan kemenangan BN.

Menurutnya, bantuan perlu diberikan kepada jentera di kawasan Parlimen Tambun kerana kawasan luas dan jumlah pengundi yang ramai.

“UMNO memerlukan bantuan dari rakan-rakan yang lain untuk memastikan kemenangan BN di Tambun,” katanya.

Anwar mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun, kerusi yang disandang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu).

Setakat ini BN belum mengumumkan calonnya di kerusi itu namun Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Badan Perhubungan UMNO Perak mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah sebagai calon di kerusi itu.

Aminuddin merupakan bekas ADUN Hulu Kinta yang kalah kepada calon PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad pada PRU14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya