PRU15: Gabungan parti politik lain masih bercelaru

PRU-15: Gabungan parti politik lain masih bercelaru kata Ahmad Zahid

pru15
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan parti politik lain selain Barisan Nasional (BN) masih celaru dan tiada hala tuju yang jelas untuk rakyat dan negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, oleh itu sukar untuk mereka membawa kestabilan dan kemakmuran.

Katanya, kestabilan dan kemakmuran mustahak untuk diperolehi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menjamin masa depan negara dan rakyat yang lebih baik.

Pihak lawan katanya, hanya mencanang dakyah bersifat manipulatif dan  kebencian seolah-olah mereka tidak ada idea atau pendekatan lain untuk diketengahkan.

“Dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi global tidak lama lagi, maka nasib Malaysia dan anggota masyarakatnya tidak lagi boleh dipertaruh pada ketidakstabilan.

“Usaha dan rancangan Malaysia untuk bangkit sepenuhnya daripada impak pandemik juga tidak dapat dijayakan tanpa kestabilan dan kemakmuran.

“Cara berkempen dan cerita politik mereka masih berkisar politik kebencian, dendam, fitnah, manipulasi serta personaliti dan akan disusuli dengan janji-janji palsu sama seperti PRU terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya