SeparatorSSiSSit

PM yakin ekonomi negara tidak begitu terjejas tahun hadapan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin ekonomi negara tidak akan begitu terjejas walaupun dijangkakan ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu pada tahun hadapan.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut dibantu oleh pembentangan Bajet 2023 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM373.3 bilion yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara dan memberi manfaat kepada setiap golongan masyarakat di negara ini.

“Saya percaya walaupun tahun depan ekonomi dunia tidak menentu, saya yakin dengan keadaan ekonomi negara ketika ini, kita mampu memastikan tidak berada dalam keadaan seperti negara lain.

“Walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka mencabar tetapi tidak jadi begitu teruk berbanding negara-negara lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam Keluarga Malaysia di Dataran Aurora Bahau, di sini malam ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, polemik berkaitan agama dan kaum ketika ini dilihat semakin berkurangan setelah beliau memperkenalkan gagasan Keluarga Malaysia sejak lebih setahun lepas.

“Keadaan ini menyebabkan rakyat boleh menumpukan perhatian untuk meningkatkan ekonomi mereka dan kerajaan pula boleh tumpu untuk membangun dan memulihkan ekonomi negara.

“Jadi kita tidak tumpukan kepada perkara yang tidak penting seperti masalah perkauman, agama dan sebagainya. Kesan daripada kestabilan politik itu, ekonomi Malaysia berkembang dari semasa ke semasa,” katanya sambil berharap kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat kembali diberikan peluang memimpin negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak.

“Percayalah jika kerajaan yg dipimpin oleh saya, diberikan peluang sekali lagi, saya yakin kita mampu menjaga kepentingan tuan-tuan dan pua-puan,” ujarnya kepada hadirin.

Sementara itu, jelas Perdana Menteri, pihaknya akan memberi perhatian berkenaan permintaan supaya sebuah Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia dibuka di daerah ini bagi memberi kemudahan kepada orang ramai berkaitan urusan pasport selain membawa ke dalam Mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan mengenai cadangan pembinaan sebuah lebuh raya yang menghubungkan Paroi di Seremban ke Serting di Jempol. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya