Perjanjian dua hala guna mata wang tempatan kurangkan impak dolar AS - Utusan Malaysia

Perjanjian dua hala guna mata wang tempatan kurangkan impak dolar AS

PERJANJIAN dua hala untuk menggunakan mata wang tempatan antara negara dagangan boleh dilakukan bagi mengurangkan impak daripada pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) - GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjanjian dua hala untuk menggunakan mata wang tempatan antara negara dagangan boleh dilakukan bagi mengurangkan impak daripada pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang digunakan sebagai mata wang antarabangsa.

Perkara tersebut boleh dilakukan untuk kontrak jangka panjang yang dapat memanfaatkan kedua-dua negara rakan dagangan daripada impak ketidakstabilan dolar AS yang dilihat semakin mengukuh dengan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Profesor Ekonomi Sunway University, Dr. Yeah Kim Leng berkata, pertukaran ringgit berbanding mata wang utama yang lain tidaklah begitu berbeza kerana mata wang lain juga turut terkesan dan jatuh berbanding dolar AS.

“Dengan pengukuhan dolar AS ini, kerajaan perlu memilih pada cara untuk mengatasinya. Ada perbincangan antara dua perdagangan komoditi iaitu untuk menggunakan renminbi (yuan) untuk pembelian minyak antara China dan Arab Saudi. Mungkin mereka boleh mencapai persetujuan.

“Jadi, mungkin perlu ada perbincangan untuk penggunaan mata wang tempatan dalam dagangan selain dolar AS,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 80 peratus daripada dagangan dikuasai oleh dolar AS kerana kebanyakan pedagang mengeluarkan invois dalam mata wang tersebut sebagai mata wang antarabangsa.

Jelasnya, kekangan yang dihadapi adalah sama ada pengeksport dan pengimport boleh berunding dengan pembekal mereka untuk menukar mata wang tempatan masing-masing.

“Selain itu, kita juga perlu mendapatkan persetujuan antara pengeksport dan pengimport untuk sama-sama bersetuju untuk berbuat demikian.

“Namun, pengeskport mungkin tidak akan bersetuju kerana pengukuhan dolar AS menyebabkan mereka mendapat keuntungan yang lebih dan mereka terpaksa mengurangkan hasil tersebut,” ujarnya.

Ditanya sama ada boleh menggunakan sistem barter dalam dagangan untuk mengatasi pengukuhan dolar, Kim Leng berkata, sistem itu boleh dilakukan tetapi tidak efisien.

“Ini kerana sistem barter bukanya kecairan. Ia perlu dilakukan oleh agensi milik kerajaan kerana agak susah diterima oleh sektor swasta,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya