Nik Omar tidak gugat PN di Perak

Nik Omar tidak gugat PN di Perak

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Tindakan Pakatan Harapan (PH) menamakan Nik Omar Nik Abdul Aziz untuk bertanding di salah sebuah kerusi Parlimen di Perak tidak menggugat kedudukan Perikatan Nasional (PN) di negeri berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, mungkin ada sebab tertentu mendorong PH berbuat demikian dengan menempatkan anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat di Perak berbanding di negeri kelahirannya sendiri.

“Nik Omar adalah orang Kelantan. Pasal apa… orang Kelantan tak nak dia ke apa? Hebat dia sampai orang Kelantan pun tak nak dia.

NIK OMAR NIK ABDUL AZIZ

“Kalau dia hebat sampai orang di Kelantan ni pun tak nak dia tak apalah. Hantarlah ke negeri lain… biasalah tu,” katanya selepas majlis perasmian Program Kita Demi Negara oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Dataran Lembah Sireh, di sini hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Larut itu turut memberikan contoh perpindahan pegawai kerajaan akibat masalah ditimbulkan sebagai perumpamaan kepada penamaan Nik Omar sebagai calon PH bagi salah satu kerusi Parlimen di Perak.

“Pegawai-pegawai kerajaan sebagai contohnya. Bila kita rasa dia melakukan sesuatu yang tidak elok di sesebuah negeri, kita akan hantar individu berkenaan ke negeri-negeri yang jauh.

“Samalah juga dalam senario politik,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya