Khalid ke Titiwangsa kerana yakin menang

Khalid ke Titiwangsa kerana diyakini menang

KHALID SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keyakinan dapat memenangkan kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi sebab Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.

Khalid berkata, pengalamannya selama hampir dua tahun menjadi Menteri Wilayah Persekutuan juga menjadi pertimbangan utama Amanah memilihnya untuk bertanding di Titiwangsa, yang bakal menjadi salah satu kerusi panas pada PRU15.

“Untuk makluman, Pakatan Harapan (PH) telah menyerahkan kerusi parlimen Titiwangsa kepada Amanah.

“Ketika menjadi Menteri Wilayah, saya telah bersuara mengenai isu tanah di Kampung Baru, yang mana kawasan itu berada dalam Parlimen Titiwangsa.

“Dalam isu Kampung Baru, saya telah mengerakkan kerja-kerja bagi menyelesaikan isu terbabit,” katanya ketika menziarah mangsa kebakaran rumah di Dewan Harmoni, Seksyen 19, di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Amanah mencalonkan Khalid sebagai calon mereka untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Pengarah Pilihanraya Amanah, Datuk Asmuni Awi berkata, walaupun keputusan tersebut berisiko tinggi, partinya mengambil keputusan berkenaan bagi memastikan Titiwangsa terus menjadi milik PH pada pilihan raya umum kali ini.

Dalam pada itu, Khalid yakin memenangi parlimen tersebut meskipun terdapat ura-ura BN akan mencalonkan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di situ.

Menurutnya, rakyat tidak melihat seseorang calon yang bertanding, sebaliknya mahu melihat gabungan parti politik mentadbir negara dengan bersih.

“Untuk PH, kami akan teruskan pentadbiran kerajaan secara good governance dan telus,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya