PETALING JAYA: Ibu kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia awal pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Facebooknya hari ini.
“Baru mendapat khabar sedih dari Kuala Lumpur bahawa bonda kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail, Allahyarhamah Mariah Khamis kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Solat jenazah dijadualkan pada pukul 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau membatalkan siri jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini ekoran berita sedih itu.
“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini. Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN