Detik 'gila' dan menakjubkan - Max Verstappen

Detik ‘gila’ dan menakjubkan – Max Verstappen

MAX Verstappen menjulang kejuaraan dunia pada Grand Prix GP Jepun.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUZUKA, Jepun: Max Verstappen mempertahankan kejua­raan Formula Satu (F1) dunia selepas menjuarai Grand Prix Jepun di Litar Suzuka,semalam.

Pemandu Red Bull itu mempamerkan aksi cemerlang meskipun beraksi di permukaan trek basah ekoran hujan mening­galkan pencabar terdekatnya dari Ferrari Charles Leclerc di kedudukan kedua manakala Sergio Perez tempat ketiga.

Bagaimanapun kedudukan kedua dan ketiga bertukar ta­ngan selepas Leclerc melakukan kesalahan sekali gus dikenakan penalti.

Situasi itu memberi kemenangan satu dan dua buat pa­sukan Red Bull manakala Ferrari terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.

Keputusan itu juga menyaksikan Verstappen yang memiliki kelebihan 113 mata sebagi pendahulu kejuaraan disahkan sebagai juara dunia biarpun empat perlumbaan masih berbaki de­ngan menawarkan 112 mata lagi.

“Ia saat yang gila dan emosi bercampur baur. Memenangi perlumbaan dan kejohanan, tahun yang begitu baik untuk diharungi ketika ini.

“Sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan akan berlaku selepas tahun lalu terpaksa menunggu sehingga penghujung perlumbaan tetapi tidak pada tahun ini, kami miliki jentera yang sangat bagus.

“Semua telah bekerja keras dan setiap tahun ia bertambah baik. Untuk menang sekarang buat kali kedua adalah sangat emosional dengan semua orang menonton. Sangat berbangga kami dapat melakukannya di sini.

“Yang pertama lebih emosional, yang kedua sangat indah bersama musim terbaik yang kami lalui. Ia cukup istimewa di sini. Anda perlu mengingatkan diri anda mengenainya kerana tahun-tahun seperti ini biasanya sukar berlaku,” kata pelumba berusia 25 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya