Bapa meninggal dunia, Dina Nazir tidak beraksi di GV9 malam ini

Bapa meninggal dunia, Dina Nazir tidak beraksi di GV9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menghormati pemergian bapanya ke rahmatullah, penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, Dina Nadzir tidak akan beraksi di pentas program tersebut, malam ini.

Perkara tersebut disahkan pengurus Dina, Mickey ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bapa Dina, Mohd. Nadzir Gulam, 64, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.10 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.

Mickey memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Menurutnya, Dina bersama-sama ahli keluarga yang lain sempat berada di sisi bapanya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

“Arwah sebelum ini menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu kerana mengalami kegagalan paru-paru,” ujarnya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum solat Asar.

Berikutan itu, Dina tidak dapat beraksi pada konsert GV9, malam ini bagi menghormati pemergian ayahnya, selain menguruskan urusan pengebumian.

Sebelum ini, penyanyi lagu Cinta Datang Lagi itu sempat berkongsi melakukan soundcheck sebagai persiapan untuk beraksi di konsert GV9, malam ini.

Dina menerima tugasan untuk mempersembahkan lagu Januari nyanyian asal Glen Fredly pada persaingan minggu keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya