Wipers sapu dua emas gimnastik berirama

Wipers sapu dua emas gimnastik berirama

Pasukan Wilayah Persekutuan (Wipers) meraih emas acara berpasukan gimrama.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan (Wipers) menepati ramalan awal untuk memenangi pingat emas selepas mempamerkan persembahan dominan dalam aksi gimnastik berirama all-around berpasukan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Gimnasium 1 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Sebanyak empat apparatus dipertandingkan iaitu gelung, bola, belantan dan riben yang disertai gimnas berusia 12 hingga 15 tahun.

Pasukan Wipers yang diwakili, Valerie Ng Zi Yi, Lezane Tan Li Hwe, Nur Zhafirah Wong Rudy Kurniawan dan Erin Chan Ern Yi beraksi cemerlang dalam kesemua apparatus.

Mereka mengumpul markah tertinggi 225.650 mata untuk mengungguli saingan itu.

Kesemua apparatus telah telah didominasi oleh dua peserta Wipers, Valerie yang mengungguli apparatus belantan serta riben manakala Lezane untuk gelung dan bola.

Sementara itu, Selangor yang diwakili Jasmine Low Jia Thong, Charmeine Tye Jia Qi, Emily Low En Rui dan Ebony Chao Hui Rui merangkul pingat perak setelah mengutip 197.400.

Pingat gangsa pula menjadi milik Johor setelah mengumpul 188.100 mata.

Negeri di selatan tanah air itu diwakili oleh Chloe Yap Chun Li, Trisha Ng Xue Wen, Cheong Nian Yao dan Goh Hann Ning.

Sementara itu, dalam acara senaman tali berpasukan Wipers memenangi emas kedua mereka, hari ini, setelah mencatat 19.300 mata, manakala perak serta gangsa menjadi milik Pahang (18.150 mata) dan Selangor (17.650 mata).

Jurulatih gimnastik berirama Wipers, Clarissa Lee ketika ditemui pemberita melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian anak-anak didiknya.

Beliau yang juga seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas memberitahu, Wipers sememangnya mensasarkan dua pingat emas bagi acara berpasukan.

“Hari ini mereka telah mempamerkan satu persembahan yang baik lebih-lebih lagi kami turut dibantu oleh dua atlet kebangsaan iaitu Valerie dan Lezane.

“Saya turut gembira melihat prestasi Nur Zhafirah yang baharu berusia 12 tahun, dia merupakan pelajar saya dan saya mula kesan bakat dia sejak berusia tujuh tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya