Tujuh ditahan susulan tular video merusuh di Mentakab

Tujuh ditahan susulan tular video merusuh di Mentakab

TANGKAP layar sebuah video yang tular semalam memaparkan sekumpulan individu bergaduh dan merusuh di tepi jalan bandar Mentakab di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tujuh lelaki ditahan susulan penularan video pergaduhan dipercayai berlaku di tepi jalan bandar Mentakab, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Azhar Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia lingkungan 19 tahun hingga 35 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihak polis juga akan meneruskan usaha-usaha untuk mengesan saki baki individu yang terlibat dalam kes terbabit.

Menurutnya, semalam sekitar pukul 8 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh telah mengesan satu video yang tular memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki tersebar melalui aplikasi media sosial WhatsApp.

“Rakaman video yang berdurasi selama lapan saat itu dipercayai berlaku pada pukul lebih kurang di antara 12.05 tengah malam hingga 12.20 tengah malam semalam.

“Video terbabit memaparkan beberapa orang lelaki yang sedang bergaduh berhampiran di tepi jalan bandar Mentakab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Bagaimanapun kata Azhar, sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut. 

“Pihak polis telah membuat laporan maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil bagi menyalurkan maklumat kepada pihak kami,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya