Tourism Selangor luaskan wilayah baharu di pasaran Eropah

Tourism Selangor luaskan wilayah baharu di pasaran Eropah

tourism selangor
Hee Loy Sian menyampaikan hadiah pertandingan cabutan bertuah bersama Tourism Selangor yang kini dalam siri lawatan promosi di Eropah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tourism Selangor, sebuah Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor, telah menyertai siri lawatan ke Moscow, Tashkent, Almaty dan Istanbul bagi menyokong Tourism Malaysia.

Matlamatnya untuk menarik lebih ramai pelancong dari Rusia dan Turkiye sambil mengekalkan hubungan dua hala.

Lawatan tersebut berlangsung selama sepuluh hari, dari 11 September hingga 20 September 2022.

Misi ini diketuai  Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian dan dibantu Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad.

Misi ini mempamerkan pelbagai segmen pasaran di Selangor sambil mempromosikan Kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!”

Sehingga tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 13 peratus (231,914) pelancong dari negara Eropah yang melawat Selangor berbanding tahun sebelumnya semasa sekatan perjalanan antarabangsa.

Sesi B2B bersama pemain utama industri pelancongan semasa sales mission di Rusia,
Turkiye, Uzbekistan dan Kazakhstan.

Oleh itu, ini merupakan masa yang sesuai bagi negeri  Selangor untuk meneruskan pertumbuhan pra-pandemiknya, terutamanya bagi pengembara antarabangsa, setelah larangan perjalanan telah ditarik kembali.

Menurut Loy Sian, , kempen Splendid Selangor merupakan satu usaha penting dan titik perubahan bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara yang berminat.

Katanya, kerjasama tersebut akan melibatkan perkongsian prospektif melalui perjalanan FAM bersama media dan agensi pelancongan, siri promosi silang termasuk pengiklanan dan kempen digital, siri jelajah serta sales mission.

“Segmentasi di negeri Selangor menyediakan pelbagai tarikan pelancongan, daripada eko-pelancongan, taman tema, budaya dan warisan serta pengalaman membeli-belah dan rekreasi.

“Ini termasuk taman tema Sunway Lagoon, Taman Kelip-kelip di Kampung Kuantan, Perkampungan Budaya Mah Meri serta kawasan peranginan di Avani Sepang Gold Coast,” katanya.

Melalui jelajah Truly Malaysia di Moscow, delegasi  Tourism Selangor telah bertemu dengan beberapa agensi pelancongan.

Hee Loy Sian
bersama delegasi dari Tourism Selangor dan Tourism Malaysia dalam siri lawatan promosi di Eropah.

Pemain utama seperti Evren SATIR, Ozan Ates, dan Gokhan Ustunday turut terlibat semasa misi tersebut. Beberapa syarikat pelancongan kini sedang mengatur perjalanan mereka ke Malaysia melalui Turkish Airlines, Emirates, Qatar Airways dan Etihad Airways sebagai penerbangan sambungan.

“Sebelum ini, pelancong dari Rusia telah menggunakan khidmat penerbangan dari Singapura ke Malaysia. Hasil daripada misi pada kali ini, kami bersedia untuk mengambil penerbangan tidak berjadual dari negara Rusia ke Malaysia melalui negeri Selangor dan kami tidak sabar untuk menarik lebih ramai warga Rusia ke negeri ini,” kata Loy Sian.

Beliau berkata, Tourism Selangor bersedia untuk memanfaatkan perkongsian meluas bersama pengusaha pelancongan dan pemain industri sambil meningkatkan kesedarannya bagi mencapai misi dalam menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Asia Tenggara dan di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya