Sukma: Juara bertahan bungkus awal

Sukma: Juara bertahan bungkus awal

AKSI Pemain Wilayah Persekutuan (WiPers) dan Perak pada perlawanan bola sepak Sukma 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT : Juara bertahan Perak tersingkir awal dari saingan bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) selepas tewas 0-1 ditangan Wilayah Persekutuan (WiPers) pada aksi di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, sebentar tadi.

Tewas 2-0 pada aksi pertama Kumpulan A menentang Selangor, Isnin lalu anak didik Mohd. Shahril Nizam Khalil tampil dengan semangat memburu tiga mata bagi membuka peluang untuk melangkah lebih jauh.

Mendominasi perlawanan sepanjang 15 minit pertama, Perak bagaimana pun terpaksa akur apabila Wilayah Persekutuan mendahului menerusi jaringan Muhammad Iman Fakhrullah Zamri pada minit ke-23.

Gol tersebut nyata menaikkan semangat WiPers yang terus memburu gol kedua manakala Perak yang menewaskan Kedah 2-1 pada aksi final Sukma 2018 terus tertekan.

Bersambung babak kedua, WiPers mempamerkan tahap disipilin yang tinggi terutamanya dibahagian benteng untuk mengekang asakan bertali arus Perak bagi memburu gol penyamaan.

Walaupun memiliki beberapa peluang dipenghujung perlawanan, ketangkasan penjaga gawang Wilayah Persekutuan, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin memastikan Perak terpaksa akur dengan kekalahan 1-0.

Bagi pengendali Perak, Mohd. Shahril Nizam pasukannya akur dengan kekalahan yang menyaksikan tersingkir awal dari kejohanan dwi tahunan ini.

“Kita lihat lawan memiliki kelebihan dari segi fizikal terutamanya posisi pertahanan yang memberikan kesukaran kepada pemain saya.

“Pemain telah memberikan segala yang termampu untuk menandingi lawan,” jelasnya ditemui selepas perlawanan.

Kekalahan ini telah menutup peluang Perak untuk mara ke suku akhir begitu juga dengan Negeri Sembilan yang tewas 1-0 kepada Selangor pada aksi yang berlangsung di Stadium Arena, Universiti Malaya.

Bagi WiPers pula kemenangan diraih menyaksikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Selangor selaku dua pasukan teratas Kumpulan A. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya