Siti Nur Adibah raih emas pertama Sukma ke-20

Siti Nur Adibah raih emas pertama Sukma ke-20

Siti Nur Adibah Alma Mohd Fuad (tiga dari kiri) meraikan kejayaan memenangi pingat emas pertama buat Johor dan juga Sukma ke-20 bersama krew padukannya di D'tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Atlet lumba basikal, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad merangkul pingat emas sulung buat Johor dan juga bagi Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 dalam acara ujian masa lebuh raya individu wanita sejauh 29.7 kilometer (km) di D’tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan di sini, sebentar tadi.

Atlet kebangsaan berusia 23 tahun itu mencatat masa terpantas 44 minit 25.801 saat (s) untuk menjuarai acara tersebut.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik Nyo Chi Hui dari Perak menerusi lakaran masa 45:52.607s, manakala gangsa dimenangi peserta Terengganu, Siti Nur Alia Mansor yang melakukan catatan 46:25.155s. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya