Selangor ungguli hari pertama akuatik MSSM

Selangor ungguli hari pertama akuatik MSSM

MUHAMMAD Dhuha Zulfikry (belakang, tengah) memecahkan rekod renang Bawah 15 kejohanan MSSM dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu dan 200 meter gaya bebas di Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selangor mengungguli hari pertama acara akuatik dan terjun kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 di Kompleks Renang Tuanku Zara Ipoh di sini hari ini.

Kontinjen Selangor mengutip 9 emas, 10 perak dan 7 gangsa untuk mendahului pencabar terdekat Sarawak yang meraih 7 emas, 4 perak dan 2 gangsa manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketiga dengan 4 emas, 3 perak dan 3 gangsa .

Kecemerlangan perenang-perenang muda kali ini menyaksikan lima rekod lama kejohanan berjaya dipecahkan.

Rekod baharu pertama dicatat oleh perenang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muhammad Dhuha Zulfikry dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu lelaki Bawah 15 tahun.

Perenang berusia 14 tahun itu mencatat masa 26.28s untuk mengatasi catatan lama 26.48s yang dibuat tiga tahun lalu.

Muhammad Dhuha kemudian mempamer satu lagi renangan bertenaga untuk mencipta catatan baru dalam acara 200m gaya bebas.

Muhamad Dhuha mencatat masa 1: 55.89s berbanding masa lama 1:58.54s yang dibuat pada 2012 oleh Wilson Sim dari Sarawak.

Sementara itu, perenang Selangor, Afiqah Kamilia Ali muncul juara perseorangan acara ten pin boling Perempuan Bawan 18 tahun yang berlangsung di Ampang Super Bowl, Ipoh.

Afiqiah mencatat 1,280 jatuhan pin untuk mengecewakan Nor Aireen Sophiela Shaharul Nizam (Pahang) dengan 60 pin manakala Adania Mohd Redzwan dari Negeri Sembilan tempat ketiga dengan 1,165 pin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya