Polis klasifikasi lelaki mati dikelar mati mengejut 

Polis klasifikasi lelaki mati dikelar mati mengejut 

BAHARUDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Polis mengklasifikasikan kematian seorang lelaki yang ditemukan mati pada Isnin lalu dengan kesan kelar di leher di ladang kelapa sawit Felda Kerteh 6  di sini sebagai mati mengejut. 

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, ia susulan penemuan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan sebatang pemotong kelapa sawit, kira-kira 650 meter dari lokasi mangsa ditemukan mati. 

“Motosikal yang dinaiki mangsa tersebut ditemukan pada Selasa lalu oleh polis dalam posisi terbalik dan terdapat kesan tayar tergelincir di atas tanah yang berbukit dan tidak rata. 

“Terdapat juga kesan darah pada sabit pemotong kelapa sawit dan kita percaya mangsa mungkin terjatuh dengan motosikal sebelum terkena mata sabit berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Baharudin berkata, siasatan lanjut turut menemukan kesan tompokan darah dari lokasi motosikal ke arah mangsa ditemukan terbaring. 

“Kita telah bawa sabit yang ada kesan tompokan darah berkenaan ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut dan setakat ini kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. 

“Hasil bedah siasat juga mendapati mangsa telah mati akibat kesan hirisan pada leher,” katanya. 

 Baharudin berkata, mayat lelaki tersebut telah dituntut ahli keluarga dan telah selamat dikebumikan semalam.  Akhbar Selasa lalu melaporkan mayat Mohd Nazri Razali, 42, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pengurus ladang kira-kira 6.50 petang, pada Isnin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya