Pas Perak yakin masih ada ruang kerjasama dengan UMNO

Pas Perak yakin masih ada ruang kerjasama dengan UMNO

MOHD. Akmal Kamarudin (kanan) menyaksikan pameran sempena Sambutan Keselamatan Makanan Sedunia 2022 peringkat negeri di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pas Perak percaya masih ada ruang untuk parti itu bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun UMNO negeri sudah memuktamadkan tiada kerjasama antara dua parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Pas Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, ini kerana parti itu konsisten mahukan kerjasama dengan mana-mana pihak ke arah memakmurkan negara dan kestabilan politik.

Menurutnya, bagi Pas, kestabilan politik dapat dicapai apabila parti-parti Melayu Islam bersatu. 

“Selagi belum pilihan raya, saya percaya masih lagi ada ruang untuk perbincangan tersebut (kerjasama dengan UMNO).

“Pas konsisten tetap mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda untuk memakmurkan negara ini yang disebut sebagai perpaduan ummah ke arah kestabilan politik. 

“Bagi Pas, kestabilan politik ialah apabila parti-parti Melayu Islam ini bersatu, ini akan melahirkan kestabilan politik. Apabila stabil politik, maka ia akan stabil yang lain-lain termasuk ekonomi. 

“Bagi kita, perlulah kepada perbincangan antara parti-parti untuk meneruskan penyatuan,” katanya  selepas Sambutan Keselamatan Makanan Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di sini  hari ini.

Mohd. Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri berkata, kenyataan UMNO sudah memuktamadkan tiada kerjasama dengan Pas baru-baru ini juga tidak menjejaskan hubungan antara exco Pas dan UMNO dalam kerajaan negeri.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO Perak telah memuktamadkan keputusan tiada kerjasama antara parti itu dengan Pas di negeri ini pada PRU-15. 

Saarani yang juga Menteri Besar berkata, kerjasama yang terjalin buat masa ini di antara dua parti tersebut adalah di atas kapasiti sebagai rakan dalam kerajaan negeri sahaja.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya