Malaysia raih pelaburan RM123.3b - MIDA

Malaysia raih pelaburan RM123.3b – MIDA

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Promosi Pelaburan MIDA, S.Sivasuriyamoorthy bersama Pengarah Urusan MAERSK Thailand, Malaysia, dan Singapura, Rupesh Jain bertukar dokumen perjanjian selepas Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Maersk Logistik dan Perkhidmatan Malaysia Sdn. Bhd. (MAERKS) di MIDA Sentral, Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2022. UTUYSAN/FAIZ ALIF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau dengan mencatatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang diluluskan sebanyak RM123.3 bilion (USD28.0 bilion) untuk tempoh Januari hingga Jun 2022.

Ia membabitkan sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama yang melibatkan 1,714 projek dan dijangka mewujudkan 57,771 peluang pekerjaan di negara ini.

FDI kekal sebagai penyumbang utama iaitu 70.9 peratus atau RM87.4 bilion (USD19.9 bilion), manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 29.1 peratus berjumlah RM35.9 bilion (USD8.2 bilion).

Sektor perkhidmatan memainkan peranan penting ke arah memacu pemulihan ekonomi mencakupi 63.3 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dengan RM78.0 bilion (USD17.7 bilion).

Ini diikuti oleh sektor perkilangan sebanyak RM43.1 bilion (USD9.8 bilion) atau 34.9 peratus dan sektor utama pada RM2.2 bilion (USD0.5 bilion) atau 1.8 peratus.

Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, Republik Rakyat China (RRC) mendominasi pelaburan asing bagi tempoh Januari hingga Jun 2022, dengan pelaburan berjumlah RM48.6 bilion (USD11.0 bilion).

Ini diikuti oleh Jerman (RM9.0 bilion) (USD2.0 bilion), Singapura (RM6.0 bilion) (USD1.4 bilion), Brunei (RM5.1 bilion) (USD1.2 bilion), dan Belanda ( RM4.1 bilion) (USD0.9 bilion).

mida

Bagi projek yang diluluskan mengikut negeri, lima negeri utama iaitu Johor, Selangor, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang menyumbang RM103.5 bilion (USD23.5 bilion) atau 83.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dari Januari hingga Jun 2022.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Malaysia berada di trajektori yang tepat untuk mendapatkan lebih banyak projek berkualiti tinggi, berimpak tinggi dan berintensifkan modal.

“Dalam mengekalkan momentum, MITI akan terus memperkukuh daya saing negara dengan membangunkan ekonomi mampan, memupuk ekosistem perindustrian yang kukuh dengan memperhebatkan inovasi, meningkatkan keterangkuman melalui penciptaan pekerjaan berpendapatan tinggi dan menggalakkan peluang untuk mengambil bahagian dalam rantaian bekalan serantau dan global,” katanya.

Sektor perkhidmatan terajui pelaburan

Sektor perkhidmatan terus memainkan peranan penting ke arah memacu pemulihan ekonomi negara termasuk membudayakan pendigitalan untuk meningkatkan rantaian nilai dan meningkatkan kecekapan operasi semasa di fasa peralihan baharu endemik.

Perkhidmatan baharu telah menjadi kenyataan melalui ciptaan Internet Kebendaan (IoT), kecerdasan buatan dan rangkaian awan telah mentakrifkan semula kepentingan sektor perkhidmatan dalam ekonomi Malaysia.

Matlamat kerajaan adalah untuk menarik pelaburan RM70.0 bilion (USD15.6 bilion) bagi mempercepatkan usaha pendigitalan menjelang 2025 dengan 22,569 pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam sektor perkhidmatan.

Berdasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM78.0 bilion (USD17.7 bilion) yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan untuk separuh pertama 2022, pelaburan asing membentuk bahagian terbesar, mencatatkan RM50.4 bilion (USD11.5 bilion) atau 64.6 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala baki 35.4 peratus atau RM27.6 bilion (USD6.3 bilion) adalah daripada sumber domestik.

Projek utama yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan adalah Bridge Data Centres Malaysia III Sdn. Bhd., ByteDance System Sdn. Bhd., dan syarikat senaraian awam Malaysia YTL Power International Berhad.

Sektor Perkilangan

Sektor perkilangan menyumbang RM43.1 bilion (USD9.8 bilion) (34.9 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi, berbanding RM75.8 bilion (USD18.3 bilion) untuk tempoh yang sama pada 2021.

Dari segi industri berprestasi tinggi untuk tempoh ini, produk elektrikal dan elektronik (E&E) mendahului sektor perkilangan, dengan jumlah pelaburan sebanyak (RM19.4 bilion) (USD4.4 bilion), diikuti oleh produk petroleum (termasuk petrokimia) (RM5.1 bilion) ( USD1.2 bilion), produk galian bukan logam (RM4.8 bilion) (USD1.1 bilion), peralatan pengukuran dan saintifik (RM3.6 bilion) (USD0.8 bilion), produk logam fabrikasi (RM2.8 bilion) (USD0.6 bilion), kimia dan produk kimia (RM1.5 bilion) (USD0.3 bilion), jentera dan kelengkapan (RM1.4 bilion) (USD0.3 bilion), serta pemprosesan makanan (RM1.1 bilion ) (USD0.3 bilion).

Industri-industri tersebut ini merangkumi RM39.5 bilion (USD9.0 bilion) (91.6 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor ini.

Sebanyak 35,032 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan dalam sektor perkilangan, di mana ia memerlukan 1,745 (5 peratus) jawatan pengurusan dan 4,122 (11.8 peratus) peranan profesional/teknikal dan penyeliaan.

Sektor Utama

Sektor utama mencatatkan sejumlah RM2.2 bilion (USD0.5 bilion) pelaburan yang diluluskan (1.8 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi tempoh Januari hingga Jun 2022, berbanding RM6.5 bilion (USD1.6 bilion) untuk tempoh yang sama pada 2021.

FDI menguasai sektor utama dengan pelaburan bernilai RM1.5 bilion (USD0.3 bilion) (68.2 peratus), manakala baki RM0.7 bilion (USD0. 2 bilion) (31.8 peratus) adalah daripada sumber domestik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya