Lebih 200 bangunan rosak akibat gempa bumi di Mexico - Utusan Malaysia

Lebih 200 bangunan rosak akibat gempa bumi di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico memaklumkan lebih 200 bangunan mengalami kerosakan dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda barat negara itu, Isnin lalu.

Lapor Al Jazeera, Ketua Agensi Perlindungan Awam Mexico, Laura Velazquez berkata, bangunan yang rosak itu turut membabitkan puluhan sekolah dan hospital.

“Kebanyakan kerosakan berlaku di negeri Pasifik Colima dan Michoacan yang berhampiran pusat gempa.

“Kira-kira 20 bangunan di Mexico City pula mengalami kerosakan kecil,” katanya.

Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di Mexico City.

Dalam pada itu, Velazquez berkata, dua kematian yang dilaporkan di Colima berpunca daripada bangunan runtuh.

Katanya, seramai 10 orang cedera membabitkan sembilan di Colima dan seorang lagi di Michoacan.

Tambah Velazquez, sebanyak 692 gegaran susulan direkodkan sejak gempa bumi melanda negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya