Kerjasama dengan Socios.com bawa JDT ke 'level' lain

Kerjasama dengan Socios.com bawa JDT ke ‘level’ lain

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM menyampaikan jersi rasmi JDT kepada Alexandre Dreyfus pada majlis Pengumuman Kerjasama Antarabangsa Baharu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menempa nama apabila menjadi kelab pertama dalam negara yang menjalinkan kerjasama dengan Socios.com, platform aplikasi yang memberikan peluang ganjaran kepada para penyokong.

Pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kerjasama tersebut memberi peluang kepada juara liga lapan kali itu untuk terus berkembang, sekali gus menjadikan kelab lebih dikenali di peringkat global.

Tunku Mahkota Johor menzahirkan perasaan bangga kerana dengan kerjasama itu dapat membawa penyokong lebih dekat dengan kelabnya.

“Kerjasama ini memberi kami peluang untuk berkembang lagi dan mempromosikan nama JDT di sekeliling dunia, lagi-lagi dalam industri sukan bola sepak.

“Jadi, kami ada kelebihan yang ia akan memperkukuhkan dari segi kewangan dan promosi nama kami di peringkat antarabangsa. Saya rasa ini satu ‘deal’ paling hebat dalam industri sukan bola sepak negara,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Socios.com, Alexandre Dreyfus; Ketua Unit Komersial Kelab JDT, Kevin Ramalingam dan Pengarah Teknikal Kelab JDT, Alistair Edwards.

Penyokong JDT boleh mengakses $JDT Fan Tokens di Socios.com dengan Fan Tokens itu merupakan aset digital yang antaranya membolehkan penyokong terlibat dalam pertandingan, undian kelab dan akses bagi mendapatkan ganjaran termasuk barangan cenderamata kelab, tiket-tiket VIP dan sebagainya.

Hingga kini, lebih 170 organisasi sukan terkemuka seperti kelab ternama dari Eropah dan Amerika Latin telah menjalinkan kerjasama dengan Socios.com bagi memberikan pengalaman dan peluang baharu kepada penyokong mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya