Keputusan pengadil 'botak' tepat, CEO Selangor dihukum?

Keputusan pengadil ‘botak’ tepat, CEO Selangor FC dihukum?

PERTAHANAN Selangor, Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab (kanan) menendang bola keluar dari kawasan penalti pada perlawanan Liga Super 2022 Selangor menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),kelmarin. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati bahawa keputusan pengadil, Zulkarnain Zakaria memberikan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika aksi Liga Super 2022 menentang Selangor FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Sabtu lalu adalah tepat.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, jawatankuasa berkenaan telah meneliti insiden tersebut berikutan terdapat pertikaian bahawa JDT tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti tersebut kerana tiada sentuhan dibuat oleh pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab ke atas pemain JDT, Arif Aiman Hanapi.

“Selepas dibuat penelitian dan analisis menerusi rakaman video oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil, memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pemain Selangor FC tersebut iaitu kekasaran dan sentuhan terhadap pemain lawan.

“Berdasarkan itu, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah membuat rumusan bahawa tindakan pengadil memberikan sepakan penalti tersebut adalah satu keputusan yang tepat,” kata Noor Azman.

Sementara itu, berhubung insiden di luar stadium selepas perlawanan yang tular di media sosial apabila terdapat individu dari Selangor FC yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlawanan tersebut telah ‘menegur’ Zulkarnain ketika pengadil itu hendak menaiki kereta, Noor Azman berkata, ia sedang diteliti oleh Unit Undang-undang FAM.

“Bagi insiden yang berlaku di luar stadium selepas perlawanan itu, biarlah Unit Undang-undang FAM melakukan penelitian lanjut sama ada ia perlu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya,” jelas Noor Azman.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon meluahkan rasa tidak puas hati dan berang kepada pengadil perlawanan Zulkarnain yang menghadiahkan sepakan penalti serta beberapa keputusan yang dilihat berat sebelah.

Malah, timbul persoalan kenapa Zulkarnain sekali lagi dipilih sebagai pengadil perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan buat kali kedua musim ini, selepas dia juga merupakan individu yang bertugas ketika Selangor tewas 5-1 kepada JDT di Stadium Sultan Iskandar, 24 Jun lalu.

Dalam satu video tular di laman sosial menyaksikan Johan mempersoalkan tindakan Zulkarnain yang ditemuinya di tempat letak kereta selepas perlawanan berakhir.

“Jangan lupa ingat akhirat abang. Jangan aniaya orang lain abang, ingat ada kad kuning kad merah kuat dah abang.

“Ingat anak bini kat rumah tu, tangungjawab itu besar,” itu antara kata-katanya yang boleh didengari dalam video berdurasi 35 saat itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya