KUALA LUMPUR: Atlet terjun Sabah, Julfaddli Jali dan Gabriel Gilbert Daim mengungguli acara akhir terjun seirama 3 meter papan anjal lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.
Julfaddli yang bergandingan dengan pemenang pingat perak Sukan Komanwel, Gabriel mengumpul mata tertinggi 317.37 mata untuk merangkul pingat emas.
Pingat perak pula menjadi milik peserta Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi dan Yong Rui Jie yang mengutip 308.40.
Manakala, gangsa dimenangi oleh pasangan dari Sarawak, Elvis Priestly dan Soh Tze Kang setelah mengumpul 303.84 mata. – UTUSAN