Gol Alif bantu Malaysia ikat tuan rumah, Mongolia

Gol Alif bantu Malaysia ikat tuan rumah, Mongolia

PENYERANG Skuad B-19 tahun negara Adam Farhan cuma merampas bola daripada pemain Mongolia.-IHSAN AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Bawah 19 (B-19) tahun negara bangkit mengikat Mongolia 1-1 dalam perlawanan pembukaan kumpulan E Kejohanan Kelayakan Piala Asia B-20 tahun yang berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia sebentar tadi.

Bagaimanapun skuad kendalian Hassan Sazali Waras dikejut pasukan tuan rumah apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada Mongolia setelah mendapati bola terkena tangan Faiz Amer.

Peluang itu mudah disempurnakan Buyannemekh Ganbat untuk menewaskan penjaga gol negara, Syahmi Adib sekaligus meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-24.

Malaysia tidak berputus asa apabila kembali menyusun strategi, dan usaha mereka akhirnya berhasil pada babak kedua.

Pemain negara, Najmuddin Akmal bijak mengelecek pertahanan Mongolia untuk membuat lorongan kepada rakan sepasukan, Aliff Izwan yang tenang menolak bola ke gawang lawan, sekaligus menyamakan kedudukan pada minit ke-54.

Biarpun kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan tetapi ia tidak mengubah kedudukan yang kekal hingga tamat perlawanan, sekaligus berkongsi satu mata.

Malaysia perlu melakar kemenangan dalam perlawanan selepas ini bertemu Sri Lanka pada Jumaat, selepas pasukan itu dibelasah 0-6 oleh Korea Selatan yang menerajui kedudukan Kumpulan E.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya