Emas untuk nenek - Evelyn

Emas untuk nenek – Evelyne

Evelyn Tan Xie Yie merangkul pingat emas lompat galah Sukma edisi ke-20.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Atlet Sarawak, Evelyne Tan Xie Yie berjaya merangkul pingat emas selepas melepasi halangan setinggi 2.90meter (m) di Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, sebentar tadi.

Lebih manis, dia berjaya mengatasi pemenang pingat emas lompat bergalah wanita Sukan SEA Hanoi, Nor Sarah Adi yang diletakkan sebagai pilihan dalam acara berkenaan.

Begitupun, insiden kehilangan galah milik atlet Pahang itu menjadi faktor kegagalannya.

Sementara itu, Evelyne, 20, berkata ia merupakan penyertaannya yang sulung dan terakhir dalam temasya dwitahunan itu, dan kemenangan ini ditujukan buat nenek tersayang yang telah meninggal Februari lalu.

“Dari dulu, nenek ialah orang yang paling kuat menyokong saya dan dialah yang selalu marah sebab saya kerap mengadu sakit dan letih sepanjang berlatih. Kemenangan ini saya dedikasikan untuknya walaupun dia sudah tiada lagi sekarang.

“Harapan saya adalah untuk menyertai Sukan SEA tahun hadapan. Jadi, kalau ada peluang untuk diserap masuk ke skuad kebangsaan, saya akan pergi untuk merealisasikan impian itu,” katanya.

Meskipun rekod 2.9m bukan rekod peribadi terbaiknya, gadis kelahiran Miri ini bersyukur kerana pencapaian menewaskan Sarah, wakil Pahang yang digeruni itu merupakan pencapaian yang membanggakannya.

“Persediaan saya sebelum ke Sukma, sempat juga sertai beberapa kejohanan. Antaranya Terbuka Kuala Lumpur bulan lalu saya dapat buat 3.1m, itu pencapaian peribadi terbaik saya. Tapi nampaknya dalam Sukma saya tak dapat buat setinggi itu, tapi tak apa, saya bersyukur,” katanya.

Nur Anis Natasha Abdul Razif, wakil Wilayah Persekutuan meraih pingat perak dengan rekod 2.80m, sementara Ch’ng Qin Yan, atlet Pulau Pinang pula meraih pingat gangsa dengan rekod 2.50m.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya