Duit Tabung Haji RM143,200 lesap diperdaya Macau Scam

Duit Tabung Haji RM143,200 lesap diperdaya Macau Scam

YUSHARIFUDDIN MOHD. YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kepayahan seorang wanita warga emas menyimpan wang selama bertahun-tahun lesap dalam waktu yang singkat setelah diperdaya Macau Scam baru-baru ini. 

Pesara swasta berusia 65 tahun itu kehilangan RM143,200 daripada simpanan dalam Tabung Haji dan juga simpanan peribadinya. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, mangsa pada mulanya mendapat panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis dari Kedah.

“Suspek melakukan panggilan telefon menggunakan talian 014-9995942 dan 017-3385220 dan menyatakan mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram. Suspek kemudian meminta maklumat Bank Islam serta maklumat kad perbankan institusi kewangan tersebut serta Tabung Haji mangsa untuk siasatan.

“Mangsa kemudian menyerahkan nombor kod perbankan kepada suspek sebelum individu terbabit mengeluarkan wang simpanan ibu tunggal itu tanpa pengetahuannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Yusharifuddin, sebanyak lapan kali pengeluaran dilakukan oleh suspek dan mangsa yang tinggal bersendirian juga diberikan amaran oleh suspek agar tidak memberitahu sesiapa jika mahu masalah tersebut diselesaikan.

“Bimbang dikenakan tindakan, mangsa merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga dan berurusan dengan suspek antara 5 September hingga 12 September lalu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar semalam selepas menyedari ditipu.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah panik dan percaya sekiranya menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali yang meminta maklumat perbankan.

“Orang ramai perlu mendapatkan pengesahan di balai polis atau mana-mana bank terdekat sebelum melakukan apa-apa transaksi yang diarahkan melalui panggilan telefon tersebut,” jelasnya.

Katanya lagi, orang ramai juga boleh membuat semakan menerusi perkhidmatan disediakan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman CCID Response Center di talian 03-26101559. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya