Dua anggota URB direman 4 hari, peras ugut RM200

Dua anggota URB direman 4 hari, peras ugut RM200

DUA anggota polis (dua di belakang) direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan kes peras ugut terhadap orang awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam ditahan reman selama empat hari bermula hari ini kerana dipercayai melakukan peras ugut ke atas orang awam.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Khalida Farhana Abu Bakar, di sini hari ini.

Kedua-dua anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal yang berusia 32 dan 35 tahun itu ditahan reman untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua anggota berkenaan.

Menurut sumber, kedua-dua anggota berkenaan dikatakan telah memeras ugut seorang individu sebanyak RM200 dalam satu kejadian di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada pukul 9.40 malam, Khamis lalu.

Difahamkan, salah seorang anggota berkenaan bertindak merempuh pagar kediaman rumah mangsa sebelum mengugut mangsa dan anak lelakinya.

Kedua-dua anggota berkenaan telah ditahan pukul 1.46 pagi, semalam.

Kedua-dua tertuduh tiba ke pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 lagi dengan lengkap berpakaian lokap berwarna ungu.

Kesalahan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya