KUALA LUMPUR: Muhammad Azeem Fahmi menetapi jangkaan apabila muncul Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 dengan mengungguli perlumbaan akhir 100 meter (m) di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat (s).
Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan,
Rekod temasya masih dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan yang mencatat 10.18s ketika melakukannya pada Sukma 2016 di Sarawak.
Azeem pula memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s yang dilakukan dalam Kejohanan Remaja Dunia di Cali, Colombia bulan lalu. – UTUSAN ONLINE