Arsyad hampakan hasrat Azeem

Arsyad hampakan hasrat Azeem

ARSYAD (dua dari kanan) melakar kejutan apabila berjaya menewaskan Azeem untuk muncul juara acara 200m Sukma 2022 sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Atler Johor, Muhammad Arsyad Md. Saat mencipta kejutan apabila meraih pingat emas 200 meter (m) pada Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20.

Kebangkitan saat akhir Arsyad memintas raja pecut Sukma 2022 dari Perak, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi pada 10m terakhir untuk melintasi garisan penamat pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi memastikan kejuaraan menjadi miliknya.

Arsyad mencatat masa 21.02s, menyamai rekod temasya yang dilakukan Muhammad Aqil Yasmin sewaktu Sukma 2018.

Azeem pula yang terpaksa memperlahan lariannya mungkin kerana kecederaan hamstring, akur dengan pingat perak dengan catatan 21.03s, manakala gangsa dimenangi Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan (21.18s).

Sementara itu, bagi kategori wanita pingat emas menjadi milik Nur Afrina Batrisyia Mohammad Rizal daripada Selangor selepas mencatat masa 24.83s.

Pingat perak dimenangi Nur Aishah Rofina Aling dari Sabah dengan catatan 25.18s, manakala gangsa diraih K. M. Darshini (25.74s).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya