Aiman hadiah emas kedua buat Johor

Aiman hadiah emas kedua buat Johor

AKSI Muhammad Nur Aiman Rosli sewaktu melintas garisan penamat yang menyaksikan atlet itu memenangi pingat emas kedua buat Johor dalam acara ujian masa lebuh raya individu lelaki sejauh 39.9 kilometer pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di D'tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, sebentar tadi.- UTUSAN/AMIR KHALID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Atlet lumba basikal, Muhammad Nur Aiman Rosli memenangi pingat emas kedua buat Johor dalam acara ujian masa lebuh raya individu lelaki sejauh 39.9 kilometer pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di D’tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan di sini, sebentar tadi.

Aiman yang merupakan juara kejohanan kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut itu menepati ramalan memenangi acara tersebut selepas melakukan catatan masa terpantas 53 minit 08.865 saat (s).

Pingat perak pula dimenangi oleh pelumba Terengganu, Kee Zhe Yie yang melakar 53:44.086s, manakala pelumba Perak, Muhammad Yusri Shaari membawa pulang gangsa menerusi catatan 54:06.108s. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya