Aaron-Wooi Yik mampu raih lebih RM1 juta setahun

Aaron-Wooi Yik mampu raih lebih RM1 juta setahun

AARON Chia-Soh Wooi Yik (tengah) menerima pelbagai ganjaran hasil kejayaan muncul juara dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Habuan ‘lumayan’ yang diraih beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas berjaya memenangi kejuaraan dunia diharap mampu menjadi motivasi kepada lebih ramai pemain badminton untuk mencapai tahap tertinggi seperti mereka.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mendedahkan, berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia juga membolehkan pasangan itu meraih pendapatan sehingga RM1 juta setahun.

“Saya juga mengumumkan Aaron dan Wooi Yik sudah melanjutkan kontrak bersama BAM sehingga 2024 (kontrak ini ditandatangani sebelum Kejohanan Dunia). Mereka akan terus memberikan yang terbaik untuk menjadi kebanggaan negara dengan berusaha gigih melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Dengan kejayaan di peringkat dunia ini, ia mencerminkan yang mereka boleh meraih lebih RM1 juta seorang dalam setahun disebabkan berada dalam kelompok lima terbaik dunia.

“Justeru, kita berharap ia dapat menyemarakkan lagi pemain muda kita di ABM ini untuk berada dalam kelompok lima terbaik dunia. Ini pasti akan menjadi pendorong buat remaja Malaysia untuk menjadikan badminton (sebagai sukan pilihan), pemain dan karier secara serius,” kata Norza dalam majlis penyampaian insentif kepada kedua-dua pemain ini, hari ini.

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik ketika muncul juara dunia.

Aaron-Wooi Yik menerima ‘durian runtuh’ RM500,000 keseluruhan daripada BAM dan juga rakan strategik badan induk itu seperti Yonex dan 100Plus.

“Mereka  sudah mengharumkan nama negara. Sebagaimana kita sedia maklum pada 28 Ogos 2022 lalu, mereka menjuarai Kejohanan Dunia di Tokyo,” kata Norza mengenai majlis hari ini.

“Hari ini, mereka menerima RM150,000 seorang daripada BAM dan keseluruhannya RM300,000 daripada BAM. Mereka juga menerima RM50,000 seorang daripada Yonex dan RM50,000 seorang daripada 100PLUS.

“Kita yakin dan percaya, akan ada lebih banyak lagi insentif yang akan diterima. Sebagai mana kita sedia maklum, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga memaklumkan yang mereka akan mengumumkan insentif kepada kedua-dua pemain ini.

“Bukan saja SHAKAM (Skim Hadiah Kemenangan Sukan) tetapi juga ganjaran tambahan kepada mereka berdua,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya