450 pelajar Malaysia kembali sambung belajar di China

450 pelajar Malaysia kembali sambung belajar di China

SEBAHAGIAN penuntut Malaysia yang menaiki pesawat sewa khas Malaysia Airlines ke China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. - IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar memudah cara penghantaran seramai 450 pelajar Malaysia untuk kembali menyambung pengajian di China menerusi penerbangan sewa khas.

Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, semua penuntut terbabit dihantar menerusi proses penyelarasan dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) terus ke Shanghai.

“Ini berikutan persetujuan dicapai antara Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dengan rakan sejawatannya, Wang Yi pada Disember 2021 dan ketika lawatan Julai lepas,” katanya.

Setakat ini, pihak kementerian berkenaan dengan kerjasama Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur pun sudah memudah cara melalui tiga penerbangan khas pada 8 Ogos dan semalam. Baki pelajar yang masih lagi berada di negara ini dan berhasrat kembali meneruskan pengajian di China ujar Wisma Putra, perlu mendapatkan surat jemputan atau juga borang kod JW201.

Ia diberikan pihak universiti masing-masing dan mereka kemudian boleh mengemukakan permohonan visa untuk mengembara ke China terus di pejabat kedutaan negara berkenaan. Pelajar yang menerima surat jemputan atau JW201 dan ingin pula menaiki penerbangan sewa khas boleh menghubungi Pasukan Carter MAB melalui e-mel [email protected].

“Pihak Wisma Putra dan Kedutaan Besar China dengan kerjasama MAB akan memudah cara proses penghantaran pelajar agar dapat menyambung balik pengajian di negara itu,” katanya.

Berdasarkan laporan media tempatan, dianggarkan terdapat kira-kira 8,000 pelajar Malaysia tidak dapat balik ke China akibat sekatan pergerakan negara itu susulan isu wabak Covid-19. Bagaimanapun akhir bulan lepas, Kedutaan Besar China di beberapa negara telah pun mula memulihkan pengesahan visa bagi memudahkan penuntut meneruskan kembali pengajian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya