Zii Jia perlu mara ke final

Zii Jia perlu mara ke final

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia perlu mela­yakkan diri ke final Kejohanan Badminton Dunia yang dijadual berlangsung di Tokyo bermula hari ini hingga 28 Ogos.

Sasaran itu dianggap berbaloi untuk diletakkan kepada Zii Jia selepas dia membuat keputusan mengorbankan Sukan Koman­wel 2022 Birmingham dengan alasan mahu menumpukan sepenuhnya terhadap kejohanan berprestij berkenaan.

Zii Jia,24, mengimpikan untuk menjadi pemain Malaysia pertama dimahkotakan dengan gelaran tersebut selepas melakukan persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Dia keluar daripada ‘sarang pertapaan’ dengan keazaman lebih tinggi selepas kali terakhir beraksi di Kejohanan Masters Malaysia Julai lalu yang menyak­sikan dia dikejutkan lawan, Shesar Hiren Rhustavito di pusingan kedua.

Apatah lagi dia perlu lebih berwaspada dengan lawannya di pusingan pertama hari ini, iaitu Brice Leverdez dari Perancis yang pernah menghantui Datuk Lee Chong Wei ketika Kejohanan Dunia 2017 di Glasgow yang menyaksikan bekas jaguh perseorangan negara itu disingkirkan seawal pusingan pertama.

Seorang lagi wakil Malaysia yang meningkat naik, Ng Tze Yong pula bakal membuat perhitungan dengan juara Masters Malaysia, Chico Aura Dwi Wardoyo dalam pusingan pertama.

Sementara itu, keadaan lebih sukar buat pemenang pingat gangsa kejohanan dunia 2019, Liew Daren apabila bertemu dengan pilihan pertama kejohanan, Viktor Axelsen seawal pusingan pertama memandangkan juara Olimpik itu tekad untuk menebus kekecewaan pada edisi tahun lalu apabila tersingkir di pusingan kedua di tangan Loh Kean Yew.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya