TOKYO: PlayStation 5 (PS5) Sony bukan sahaja sukar dicari, mahal harga bakal menjadi lebih mahal apabila pengeluar konsol game popular itu berkata bahawa harganya akan dinaikkan di kebanyakan negara.
Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengesyorkan menaikkan harga runcit konsol di Eropah, United Kingdom, Jepun, China, Australia, Mexico dan Kanada, kata pegawai tertinggi syarikat itu Jim Ryan.
Pengguna AS akan terhindar daripada kenaikan itu, kata Ryan, tanpa memberikan penjelasan lanjut.
Kenaikan itu akan menyaksikan harga runcit PS5 Digital Edition di Eropah pada harga 449.99 euro naik daripada 399.99 euro.
Konsol yang sama akan dijual di UK pada harga 389.99 paun (AS$462), naik daripada 359.99 paun, dan di Jepun pada harga 49,478 yen (AS$363), naik daripada 43,978 yen.
Sony menyalahkan “kadar inflasi global yang tinggi serta arah aliran mata wang yang buruk” untuk alasan menaikkan harga.
“Berdasarkan keadaan ekonomi yang mencabar ini, SIE telah membuat keputusan sukar untuk menaikkan harga runcit disyorkan PlayStation 5 di pasaran terpilih,” kata Ryan dalam satu kenyataan. – AFP