Rain diganggu peminat misteri - Utusan Malaysia

Rain diganggu peminat misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RINDU peminat terhadap penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji-Hoon bakal terubat selepas penyanyi tersebut mengumumkan akan turun ke Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini bagi menjayakan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bagi peminat ‘kipas mati’, kehadiran Rain tentunya menjadi perkara yang dinanti-nantikan, apatah lagi selepas kali terakhir dia beraksi di negara ini sekitar lima tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, nama penyanyi berketinggian 185 sentimeter ini semakin sepi. Kelibatnya juga jarang kelihatan, sama ada untuk persembahan pentas atau tampil di dada majalah dan akhbar.

Hakikatnya, Rain tidak pernah memperlahankan kerjaya, sebaliknya masih aktif berkarya. Buktinya bapa dua cahaya mata ini tampil dalam drama terbaru, Ghost Doctor yang ditayangkan di saluran TVN.

Namun, ramai yang tertanya-tanya apakah yang membuatkan populariti penyanyi ini semakin suram?
Adakah kerana kehadiran lambakan penyanyi K-Pop dan pelakon K-Drama yang membanjiri industri hiburan Korea Selatan menyebabkan dia berdepan persaingan dan cabaran untuk kekal relevan di mata peminat?

Atau mungkin selepas mendirikan rumah tangga pada 2013 dan kini memiliki dua cahaya mata membuat anak kelahiran Seosan, Korea Selatan ini memperlahankan sedikit kerjaya seni bagi memberi tumpuan kepada keluarga?

Sejak berkeluarga, sebagai bintang masyhur, Rain perlu menitikberatkan soal keselamatan anak dan isteri daripada sebarang gangguan atau ancaman yang tidak diingini.

Lebih-lebih lagi selepas dia dan isteri menerima gangguan daripada seorang wanita tidak dikenali pada Februari lalu.

Wanita berusia 47 tahun itu ditahan polis selepas menceroboh kediaman Rain dan isterinya di Itaewon.

Dia membuat kekacauan dengan menekan loceng rumah berkali-kali sehingga menganggu ketenteraman penyanyi itu dan keluarganya.

Difahamkan gangguan tersebut berlaku berkali-kali sejak tahun lalu dan laporan polis juga dibuat beberapa kali sejak 2021.

Rain bagaimanapun, tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut kerana enggan kejadian itu disensasikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya