Polis cari pemandu Perodua Alza merah

Polis cari pemandu Perodua Alza merah

KERETA Perodua Alza merah yang dipercayai terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga SMK Anjung Baru, Mersing semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Polis daerah ini sedang mengesan pemandu sebuah kereta Perodua Alza merah bagi membantu siasatan kes kemalangan melibatkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, kemalangan itu berlaku di Kilometer 3, Jalan Jemaluang-Mersing pada pukul 7.05 petang.

Katanya, mangsa merupakan pelajar tingkatan tiga yang menunggang motosikal dan telah terjatuh sebelum dilanggar oleh sebuah kereta berwarna merah dipercayai Perodua Alza.

“Mangsa masih sedarkan diri selepas kejadian itu walaupun mengalami kecederaan parah iaitu patah di bahagian pinggul, lutut kiri pecah dan kecederaan di anggota badan yang lain. Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis memperoleh satu video berkaitan kemalangan itu tetapi ia agak kabur dan nombor kenderaan itu tidak dapat dikenal pasti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Mersing Sarjan Ariffin Ali menerusi talian 014-5720775 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya