PJ City buat Selangor menangis tak berlagu

PJ City buat Selangor menangis tak berlagu

PEMAIN tengah Selangor, Mukairi Ajmal mengasak pemain PJ City.- IHSAN Selangor FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC terus berduka apabila tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super.

Jaringan Darren Lok pada babak kedua menyaksikan Petaling Jaya City (PJ City) melakar kemenangan 1-0 ke atas The Red Giants di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu juga kembali menyuntik semangat anak buah P.Maniam selepas kali terakhir merasai nikmat kemenangan pada pertengahan April lalu.

Kekalahan kedua berturut-turut dialami pengendali interim Selangor, Nidzam Jamil pasti memberi tekanan kepadanya.

Pada perlawanan itu, Selangor lebih banyak mendominasi perlawanan manakala PJ City memilih untuk melancar serangan balas pantas.

Penyerang Selangor Caion yang mengumpul 11 gol musim ini gagal menemui penyudah malam ini.

Peluang terbaik Selangor hadir seawal minit ketiga menerusi tandukan Hyuri Henrique namun palang menjadi penghalang untuk mereka mendapatkan gol pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Mukhairi Ajmal berpeluang membuka jaringan buat Selangor menerusi satu gerakan solo namun percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol lawan, Kalamullah Al-Hafiz.

Sebaliknya, menerusi lontaran jauh yang disambut Darren sebelum mengelecek seorang pertahanan Selangor dan melepaskan rembatan dalam kotak penalti untuk menewaskan Samuel Sommerville pada minit ke-58.

Brendan Gan diasak pertahanan PJ CIty.

Red Giants hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-68 namun tandukan penyerang import dari Brazil Caion tersasar.

Anak buah Nidzam turut mencipta beberapa peluang untuk mencari gol penyamaan namun kekebalan benteng PJ City nyata gagal ditembusi. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya