Piala AFF : Harimau Malaya, Vietnam satu kumpulan

Piala AFF : Malaysia, Vietnam satu kumpulan

Keputusan undian Piala AFF 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Vietnam diundi berada dalam Kumpulan B pada Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 hujung tahun ini.

Vietnam dilihat menjadi lawan terkuat bagi Harimau Malaya di pentas Piala AFF selain tiga lagi pasukan yang turut diletakkan dalam Kumpulan B adalah Singapura, Myanmar dan Laos pada majlis undian yang diadakan di Bangkok, Thailand, semalam.

Ini adalah kali keempat berturut-turut Malaysia berada dalam satu kumpulan dengan Vietnam dan peluang ini dilihat  menjadi pentas terbaik buat pengendali negara, Kim Pan Gon membuat penilaian sebelum berdepan tugasan lebih getir di Piala Asia, tahun depan.

Kumpulan A pula terdiri daripada juara bertahan, Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan pemenang aksi kelayakkan antara Brunei dan Timor Leste.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya