Piala AFC : Kedah pulang hampa - Utusan Malaysia

Piala AFC : Kedah pulang hampa

Barisan kesebelasan utama Kedah pada aksi menentang PSM Makassar pada aksi separuh akhir Zon ASEAN di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia. -IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA) untuk mara lebih jauh di pentas Piala AFC tidak kesampaian apabila tewas 2-1 kepada PSM Makassar pada aksi separuh akhir Zon ASEAN di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia, sebentar tadi.

Makassar terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-31 apabila Yakob Sayuri mudah menampan masuk bola hantaran Muhammad Rizky Pratama.

Tuan rumah terus mengukuhkan kedudukan menerusi Yuran Fernandes apabila dia menanduk masuk bola sepakan penjuru Muhammad Arfan pada minit ke-54.

Begitupun, lapan minit kemudian, malang menimpa Fernandes apabila dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua yang menyaksikan Makassar terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Peluang itu cuba digunakan sepenuhnya oleh anak buah Aidil Sharin Sahak untuk bangkit dan Al Hafiz Harun hampir memecah kebuntuan jaringan buat Sang Kenari, namun rembatan derasnya pada minit ke-81 sekadar menggegar tiang gol.

Usaha Kedah mendapat jaringan akhirnya berjaya pada minit ke-86 menerusi ledakan Fayadh Zulkifli, namun ia sudah terlambat buat Sang Kenari walaupun seorang lagi pemain Makassar, Agung Mannan turut dilayangkan kad merah pada penghujung masa kecederaan.

Malaysia mempunyai satu lagi wakil di Piala AFC iaitu Kuala Lumpur (KL) City yang akan menentang kelab Vietnam, Vietttel FC di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City, esok.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya