Perak gagal ke Piala Malaysia

Perak gagal ke Piala Malaysia

PEMAIN Perak FC, Muhammad Hakimi Mat Isa (kanan) mengawal bola daripada pemain Projek FAM-MSN, Muhammad Aikmal Roslan dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan muda Projek FAM-MSN melakar kemenangan pertama dalam kempen Liga Perdana dengan menewaskan Perak FC 3-1 di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Dengan kekalahan ini, peluang Perak ke Piala Malaysia musim ini tertutup.

Memerlukan kemenangan, tuan rumah bermula cemerlang apabila memperolehi gol pembukaan pada minit keenam menerusi ledakan Stipe Plazibat.

Selepas didepan, Perak nyata hilang momentum sebaliknya pasukan pelawat lebih mengusai permainan.

Skuad Projek FAM-MSN berjaya menyamakan kedudukan melalui Muhammad Amirul Akmal Safarinizam untuk mengikat kedudukan pada minit ke-42

Bersambung babak kedua pemain skuad Projek FAM-MSN terus memberi tekanan kepada tuan rumah dan berjaya menggandakan dua gol dalam tempoh empat minit.

Jaringan itu diledak Mohd Izzat Zikri Iziruddin dan Muhammad Hazwan Hassan pada minit ke-56 dan ke-60 untuk membawa pulang tiga mata berharga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya