Pearly Tan-M Thinaah dan Ng Tze Yong kebanggaan Malaysia

Pearly Tan,M Thinaah dan Ng Tze Yong kebanggaan Malaysia – Lee Chong Wei

PEARLY Tan (kiri) dan M. Thinaah menjadi penyumbang pingat emas terakhir Malaysia di Birmingham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei optimis beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah serta perseorangan lelaki, Ng Tze Yong mampu meraih lebih banyak kejayaan.

Jelas Chong Wei, Pearly-Thinaah nyata menguasai keseluruhan perlawanan ketika menundukkan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 sekali gus menyumbang emas ketujuh kontinjen negara.

LEE Chong Wei (kanan) menghadiahkan raketnya kepada Ng Tze Yong selepas aksi pertunjukan ‘The Legend’s Vision’ sempena Terbuka Malaysia di Bukit Jalil, bulan lalu.

Chong Wei juga mengingatkan mereka untuk terus merendah diri dan bekerja keras dalam mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Terus bekerja lebih keras, kekal merendah diri. Anda berdua mungkin akan mencatat sejarah sebagai pemain beregu wanita negara yang paling dihormati,” katanya di status media sosialnya.

Pearly dan Thinaah berjaya membawa pulang pingat emas dan Tze Yong memenangi perak pada hari terakhir Sukan Komanwel Birmingham, semalam.

NG Tze Yong (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemain India, Lakshya Sen yang memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, semalam. – AFP

Dalam pada itu, berkenaan Tze Yong, Chong Wei percaya pendapatnya terhadap pemain muda itu mewakili seluruh negara bersetuju dia mempamerkan prestasi cukup membanggakan apabila hampir memenangi pingat emas sebelum tewas 21-19, 9-21, 16-21 kepada pemain utama India, Lakshya Sen.

“Anda mempunyai pukulan yang lebih baik daripada Lakhsya Sen, tetapi pengalaman beraksi di pentas besar dan tidak konsisten mungkin menyebabkannya berasa gementar.

“Teruskan berusaha memperbaiki segala kelemahan dan gilap bakat anda. Kekal merendah diri dan dengar cakap jurulatih anda serta kekal fokus.

“Tahniah. Sekarang banggakan kami dalam Kejohanan Dunia pula,” katanya.

Badminton menutup pencapaian gemilang negara semalam yang keseluruhannya meraih tujuh emas, lapan perak serta lapan gangsa untuk menduduki tempat ke-10 kedudukan negara yang bertanding di Sukan Komanwel. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya