Negeri Sembilan cadang tidak bubar DUN sebelum Mac 2023

Negeri Sembilan cadang tidak bubar DUN sebelum Mac 2023

AMINUDDIN Harun bergambar bersama orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum bulan Mac tahun depan sekiranya Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehubungan itu, beliau akan membawa pandangan itu kepada Majlis Presiden PH untuk diputuskan.

“Saya mencadangkan pilihan raya negeri diadakan tahun hadapan dan akan memaklumkan kepada Majlis Presiden PH untuk menentukannya.

“Jika diadakan pada bulan Mei atau sehingga habis penggal pun tiada masalah kan?,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini hari ini. 

Terdahulu media melaporkan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan Pas yang menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN lebih awal daripada Mac tahun depan. 

Beliau memaklumkan, keputusan itu hasil Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang diadakan kelmarin.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR menambah, terpulang kepada Majlis Presiden PH untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk tiga negeri di bawah gabungan parti itu iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang untuk membubarkan DUN mereka.

“Saya melihat, rakyat tengah susah dan mereka masih memerlukan perhatian daripada kerajaan.

“Sepatutnya kerajaan menumpukan perhatian untuk membantu dan memberikan sokongan kepada rakyat selain memulihkan semula ekonomi daripada mengutamakan PRU15, yang pastinya menelan belanja besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya