MBSJ PBT pertama laksana program premis bebas kompaun

MBSJ PBT pertama laksana program premis bebas kompaun

mbsj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melihat kepada kepentingan terutama dari segi kaedah pengawalan dan penguatkuasaan undang-undang ke arah pendidikan sebelum penguatkuasaan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan satu inisiatif bersama peniaga dalam Program Premis Bebas Kompaun.

MBSJ dalam satu kenyataan memberitahu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengubah pendekatan Majlis terhadap penguatkuasaan di mana pemilik premis diberi pendedahan kepada peraturan Majlis melalui ’personal engagement’ di mana pihak Majlis akan menggunakan kaedah pendidikan dalam memastikan perniagaan yang dijalankan mematuhi semua kehendak undang-undang dan dasar Majlis.

Menyedari bahawa Program Premis Bebas Kompaun ini memberi impak yang besar terhadap kebajikan dan kesejahteraan golongan peniaga, MBSJ telah memfokuskan anggaran 56 premis disepanjang Jalan USJ 10/1A Subang Jaya. MBSJ turut berharap  agar sasaran program untuk premis di kawasan ini merekodkan sifar kompaun dapat dicapai dalam tempoh tiga (3) bulan.

Pihak MBSJ akan mengadakan Majlis Pengisytiharan Premis Bebas Kompaun pada bulan Disember di mana program ini akan dijalankan bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pengisytiharan sekali gus harapan majlis agar premis di kawasan tersebut dapat mengekalkan penjenamaan sebagai premis bebas kompaun.

Dengan imej dan penjenamaan ini, premis akan dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada pelanggan bahawa aktiviti perniagaan telah dijalankan mengikut spesifikasi bersih, teratur dan menepati kehendak undang-undang. Melihat kepada intelek pengguna dalam fasa pandemik dan isu kesihatan pada masa kini, penjenamaan ini akan dapat menarik minat pelanggan sekali gus meningkatkan keuntungan perniagaan.

Justeru, pihak Majlis berharap melalui inisiatif ini akan dapat memberi manfaat kepada komuniti peniaga dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang saksama dan progresif sekali gus meningkatkan kerjasama dalam aspek pematuhan undang-undang Majlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya