ACCRA: Seorang lelaki maut dibaham seekor singa selepas dia menceroboh kandang haiwan itu di sebuah zoo di Ghana dalam cubaan nyata untuk mencuri seekor anak haiwan tersebut.
Lelaki itu, dipercayai berusia 30-an, diserang oleh seekor singa selepas dia melompat ke atas pagar keselamatan zoo di ibu negara Accra, kata pegawai.
Penjaga zoo menemukan mayat lelaki itu dalam kandang singa di Zoo Accra pada petang Isnin.
“Penceroboh itu diserang dan dicederakan oleh salah seekor singa, dalam pagar dalam kandang,” kata pegawai dari Suruhanjaya Perhutanan, agensi negara yang bertanggungjawab ke atas hidupan liar di Ghana.
Singa-singa betina dan dua ekor anaknya masih selamat di dalam kandang mereka di Zoo Accra, tambah pegawai.
Lelaki itu dipercayai telah memecah masuk ke dalam kandang singa itu dalam usaha untuk mencuri seekor anak, lapor Joy Online.
Tetapi Suruhanjaya Perhutanan berkata motif penceroboh itu masih belum dapat ditentukan.
Penjaga zoo berjaya memujuk singa, betina dan dua ekor anak mereka ke dalam kurungan supaya pegawai polis dapat mengambil mayat lelaki itu dan membawanya ke hospital.
Jurucakap polis berkata mereka sedang menyiasat kes itu untuk menentukan bagaimana lelaki itu masuk ke kawasan larangan.’
Susulan kejadian itu, Suruhanjaya Perhutanan berkata pegawai telah melawat zoo itu ‘untuk memastikan semua kemudahan kekal selamat’. Suruhanjaya itu menambah bahawa tiada singa melarikan diri dari Zoo Accra.