Lee Zii Jia mara ke pusingan ketiga

Lee Zii Jia mara ke pusingan ketiga

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.

Kemaraan itu diperolehi selepas dia berjaya menewaskan lawannya dari Portugal, Bernardo Atilano 21-9, 21-13 dalam tempoh 36 minit di pusingan kedua.

Bagaimanapun, Zii Jia dijangka berdepan cabaran sengit di pusingan ketiga daripada pemain China, Zhao Jun Peng yang menewaskan Srikanth Kidambi dari India 21-9, 21-17 di pusingan kedua.

Turut mengikut jejak langkah Zii Jia adalah beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang menewaskan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Pullela 21-8, 21-17.

Pilihan ke-10 kejohanan yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham itu mempamer aksi meyakinkan untuk menewaskan lawan mereka dalam tempoh 36 minit.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan keenam kejohanan pula menyingkirkan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 22-20, 21-18 dalam tempoh 42 minit pada pusingan kedua, hari ini.

Mereka akan bertemu rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada pusingan ketiga, esok.

Terdahulu Sze Fei-Nur Izzuddin tidak berdepan masalah menewaskan wakil Ireland, Joshua Magee-Paul Reynolds 21-13, 21-12 pada pusingan kedua, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya