KUSKOP tubuh Federasi Koperasi Sekolah

KUSKOP tubuh Persekutuan Koperasi Sekolah

NOH Omar meninjau tapak jualan karnival selepas merasmikan Kuiz Koperasi dan Karnival Keusahawanan Kuala Selangor di SMK Permatang, Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 2,463 koperasi sekolah akan selaraskan di bawah Persekutuan Koperasi Sekolah yang akan ditubuhkan bagi membolehkan mereka memperluaskan aktiviti masing-masing menerusi saluran peruntukan disediakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Federasi baharu di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu akan memperkasakan peranan koperasi sekolah peringkat rendah dan menengah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, federasi itu akan disertai jawatan kuasa khas dengan keahlian seramai 1.9 juta orang yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Kita mahu menggabungkan semua koperasi itu di bawah satu bumbung sekaligus memantapkan lagi peranannya. Selain pelaksanaan program, federasi itu dapat melatih pelajar sekolah meningkatkan semangat keusahawanan termasuk dalam bidang reka cipta.

“Federasi itu di bawah SKM sepenuhnya namun kita juga boleh berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) nanti. Para guru sekolah juga akan memainkan peranan penting untuk terus menyokong fungsi koperasi sekolah,” katanya  selepas merasmikan Kuiz Koperasi dan Karnival Keusahawanan Kuala Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di sini, hari ini. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya