Kastam rampas syabu bernilai RM1.89 di Kota Kinabalu  - Utusan Malaysia

Kastam rampas syabu bernilai RM1.89 di Kota Kinabalu 

ZAZULI Johan (kanan) menunjukkan peralatan elektrik dapur yang digunakan dalam membungkus dadah yang dirampas di sebuah rumah di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 52.46 kilogram syabu dianggar bernilai RM1.89 juta  dalam serbuan di sebuah rumah di pusat bandar raya ini Khamis lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, dalam serbuan pukul 12.12 tengah hari  menerusi Op Khas Mekong Dragon , kastam menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun.

Menurut beliau, rampasan terbesar oleh kastam  Sabah itu hasil risikan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) selama dua bulan lalu.

Operasi itu dilakukan dengan kerjasama JKDM cawangan penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), cawangan Narkotik Zon Sabah dan cawangan Operasi Kota Kinabalu.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan ini menjadikan rumah sebagai tempat untuk membungkus dadah dengan memasukkannya ke dalam plastik teh Cina yang kemudian melalui proses kedap udara. 

“Bahan disyaki dadah yang telah siap dibungkus disembunyikan di dalam peralatan elektrik dapur dan disimpan di dalam kotak bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

“Dadah jenis syabu itu dipercayai untuk kegunaan di dalam dan luar Sabah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Zazuli, siasatan masih dilakukan bagi mengesan jika masih ada rakan lain yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya