Julius import baharu Kelantan United - Utusan Malaysia

Julius import baharu Kelantan United

Julius Ofori sudah mula menjalani latihan bersama skuad Kelantan United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kelantan United FC (KUFC) mengikat Julius Ofori Ziggi bagi menggantikan Amidu Salifu dalam usaha memperkasakan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Perdana musim ini.

Penolong jurulatihnya Sazami Shafii berkata kehadiran bekas pemain Liga Utama Belarus dari kelab Energetic-BGU dijangka mampu memperkasakan lagi jentera tengah pasukan dalam mengintai kedudukan terbaik dalam carta liga.

Menurutnya, pemain kelahiran Ghana itu yang baharu tiba di Kota Bharu sudah menjalani sesi latihan bersama pasukan semalam.

“Ketibaannya diterima baik oleh rakan sepasukan. Namun kita perlu beri sedikit masa untuk beliau dan pemain tempatan untuk mencari keserasian serta membentuk satu suasana baharu.

“Saya yakin dengan pengalamannya itu, Julius akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sazami memberitahu, dia optimis pemain tengah berusia 23 tahun itu akan dapat memberikan impak positif kepada pasukan apabila diberi peluang untuk beraksi nanti.

Katanya, buat masa ini barisan kejurulatihan KUFC sedang memantau perkembangan Julius Ofori, sebelum membuat keputusan sama ada khidmatnya boleh digunakan untuk perlawanan menentang Terengganu FC II atau sebaliknya.

“Julius Ofori lewat tiba ke Kota Bharu berikutan beberapa masalah teknikal. Pemain itu telah beraksi dalam 12 perlawanan untuk musim 2021/2022 dengan 566 minit permainan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya