JDT bangkit lebih kuat

JDT bangkit lebih kuat

PEMAIN JDT meraikan jaringan penyerang Fernando Forestieri pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin.- UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI Pemberita: Faizal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kekalahan besar kepada Urawa Reds Diamond pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak lagi menghantui Johor Darul Ta’zim (JDT), sebaliknya mereka bangkit mencipta kemenangan 4-0 menjinakkan Melaka United, malam kelmarin.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio berkata, pada perlawanan itu, pemainnya beraksi seperti kebiasaannya dengan melakukan high pressing terhadap pasukan lawan sehingga berjaya meledak tiga gol pada babak pertama.

“Apabila kami berjaya menjaringkan gol, rentak permainan mula meningkat dan pemain mula memberi tekanan terhadap pasukan lawan yang sudah mula hilang konsentrasi,” ujarnya.

Jelas Bidoglio, kekalahan di Saitama membuat mereka terluka tetapi perlawanan tersebut menjadi pengajaran berguna kepada anak buahnya.

“Kekalahan di Saitama, Jepun amat melukakan hati kami, namun ia menjadi pengajaran berguna buat kami untuk menjadi lebih baik sebagai sebuah pasukan.

“Ia membuka mata kami untuk membaiki kelemahan serta melakukan penambahbaikan bagi mengharungi baki saingan liga musim ini,” katanya selepas aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

Pada perlawanan itu, penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva muncul wira pasukan apabila meledakan hatrik sekali gus menjarakkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super dengan pencabar terdekat, Sabah FC, perbezaan enam mata.

Bergson terus mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Super pada musim ini dengan 20 gol.

Mengenai tindakan merehatkan Farizal Marlias dan meletakkan Haziq Nadzli sebagai benteng terakhir pasukan, Bidoglio memberitahu, keputusan itu dibuat untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol muda tersebut mendapatkan minit permainan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya