Fakhrul raja pecut Sukipt 2022

Fakhrul raja pecut Sukipt 2022

MUHAMMAD Fakhrul Abdul Aziz (dua, kiri) melepasi garisan penamat selaku juara 100 meter lelaki pada Sukipt 2022 di Tanjung Malim, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Fakhrul Abdul Aziz dinobat sebagai raja pecut Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt ) 2022 selepas memenangi acara 100 (m) lelaki di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim sebentar tadi.

Penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu melepasi garisan penamat dengan masa 10.73 saat (s), meninggalkan pencabar rapat dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohamad Raimi Mustaffa yang mencatat 10.87s. Gangsa milik Muhammad Yusridzwan Danial Yusof dari UPSI (10.88s).

“Alhamdulillah ini rezeki Allah bagi. Walaupun saya tidak bertanding lebih dua tahun atas sebab-sebab tertentu tetapi saya berjaya melakukannya di sini.

“Dalam perlumbaan tadi, saya langsung tidak memikirkan berkenaan perkara itu dan apa yang saya mahu buat adalah untuk berlari

“Selepas ini saya mahu fokus kepada Sukan Malaysia (Sukma) dan mahu buat lebih baik untuk mencerahkan peluang mendapat tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya.

NUR Aishah Rofina Aling (kanan) dari UMS muncul juara 100 meter wanita.

Sementara itu, gelaran ratu pecut Sukipt 2022 milik atlet Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nur Aishah Rofina Aling yang menamatkan perlumbaan 100m wanita dengan catatan 12.25s.

Perak dan gangsa masing-masing diraih atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Eng May Xin Winnie (12.59s) serta Darshini K Murugan (13.04s).

“Alhamdulillah saya gembira dengan perlumbaan hari ini. Untuk pengetahuan catatan masa yang dilakukan adalah masa peribadi terbaik saya tahun ini.

“Selepas ini saya akan tumpukan perhatian kepada Sukma bulan depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya